Pasukan SK Tamu Darat Raih Pingat Emas di STEMQuest Ignite
- tn marsha
- Aug 4, 2024
- 1 min read
Pasukan SK Tamu Darat telah memenangi pingat Emas dalam pertandingan Excocipta yang berkategori STEMQuest Ignite. Pertandingan ini berlangsung selama tiga hari, dari 31 Julai hingga 2 Ogos 2024 di Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Pertandingan ini menghimpunkan pelajar-pelajar dari seluruh negeri Sabah untuk bersaing dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM). Kejayaan ini merupakan hasil usaha gigih dan dedikasi yang ditunjukkan oleh pasukan SKTD sepanjang tempoh pertandingan tersebut.
Pasukan SKTD ingin merakamkan penghargaan kepada pihak penganjur atas peluang yang diberikan serta usaha dalam memastikan pertandingan berjalan lancar dan berjaya. SKTD berharap agar pertandingan seperti ini akan terus diadakan pada masa hadapan untuk memberi manfaat kepada lebih ramai pelajar.
Dengan kemenangan ini, pasukan SKTD bukan sahaja mengharumkan nama sekolah, tetapi juga membuktikan bahawa usaha dan kerja keras pasti akan membuahkan hasil.
Tahniah😎