Mesyuarat Konvensyen Digital Pembelajaran 2023
- Sk Tamu Darat Xba5347
- Feb 11, 2023
- 1 min read
10 Februari 2023 (Jumaat)
Mesyuarat Konvensyen Digital Pembelajaran ini diketuai oleh Pn Sarimah Binti Diun, Penolong Pegawai Pendidikan, Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan (USTP), PPD Kota Belud. Konvensyen ini akan diadakan pada 23 hingga 25 Februari 2023 bertempat di Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kota Kinabalu.
SK Tamu Darat telah diberi penghormatan untuk menyertai konvensyen yang pertama kali dianjurkan ini sekali gus mewakili PPD Kota Belud dengan membawa 2 amalan pembelajaran digital terbaik yang telah dihasilkan oleh guru SK Tamu Darat sendiri.
Tujuan mesyuarat ini adalah untuk membincangkan persiapan dan pembahagian tugas bagi menjayakan pameran digital pembelajaran SK Tamu Darat. Mesyuarat ini berjalan dengan lancar atas bantuan Pn Sarimah Binti Diun.

Tahniah lanjutkan lagi tahun-tahun akan datang
😍
Terbaik SKTD👍... diatas penganjuran kursus kepimpinan dan program jati diri.